remaja

DISCUSSION ROOM TO DISCUSS ALL ABOUT TEENAGERS AND ALL THEY NEED.
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Thu Apr 03, 2008 2:25 pm

Imej lasak pilihan remaja


AKTIVITI lasak sering dikaitkan dengan kesukaran dan berisiko tinggi. Untuk itu, ada yang berpendapat aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat tembok, abseiling, berkayak, menung gang kuda dan fl ying fox hanya sesuai untuk lelaki.

Pendapat seperti itu tidak sesuai lagi kerana semakin ramai wanita, terutama kalangan remaja membabitkan diri dalam aktiviti berkenaan.

Ini dapat dilihat dengan penyertaan golongan hawa dalam pelbagai sukan lasak sempena ‘outdoor carnival’ anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Petronas, Perak baru-baru ini.

Farahiya Jasni, 20, berkata aktiviti lasak mampu membina kekuatan diri, memberi kecergasan fizikal dan minda.

Dia yang berasal dari Kelantan, berkata kebanyakan belia yang terbabit dengan aktiviti riadah ini akan melakukan berterusan kerana seronok menempuh rintangan dan cabaran.

“Sukan lasak memberi implikasi positif kerana ia mempengaruhi keyakinan diri seorang wanita agar lebih bersedia membabitkan diri dalam dunia lelaki,” katanya.

Peserta lain, Siti Aminah Abbas, 21, berkata imej wanita masa kini berbeza berbanding ditonjolkan golongan tradisional.

Pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Awam dari Sitiawan, Perak itu berkata, jika dulu imej wanita kerap disogokkan media di Britain ialah Puteri Diana yang ayu, kini generasi baru wanita lebih gemarkan imej lasak.

“Wanita hari ini menyanjung tinggi wanita yang yakin, tegas dan bersungguh-sungguh serta mempunyai personaliti mantap,” katanya.

Rakannya, NorZafura Md Zain, 20, berkata wanita kini lebih gemar membabitkan diri dengan aktiviti yang diceburi lelaki, berisiko tinggi dan mencabar.

Dia berkata, tempat remaja perempuan dan wanita muda masa kini bukan lagi menghabiskan masa di rumah tetapi membabitkan diri dalam aktiviti mencabar.

Katanya, wanita yang dahulunya dianggap lemah bukan lagi lemah malah pada satu peringkat mereka setanding dengan lelaki.

Penyelaras Program, MohdHaq Hussain, 20, berkata program itu membuktikan perubahan sikap wanita terhadap sukan dan rekreasi lasak.

“Peranan jantina kian berubah dan tidak boleh melihat dengan jelas apakah objektif sebenar hidup bagi seorang lelaki ataupun wanita secara keseluruhan,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://remaja.forumotion.net
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Thu Apr 03, 2008 2:27 pm

Remaja manfaat cuti sekolah


AKTIVITI masa terluang remaja amat sesuai diisi dengan perkara yang bermanfaat agar kehidupan mereka lebih berwawasan.

Paling tidak, mereka boleh melakukan perkara yang menambahkan wang saku seperti berniaga secara kecil-kecilan untuk membantu keluarga.

Kegiatan masa cuti sekolah cuba dimanfaatkan sekumpulan remaja sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di Rawang dengan mencari wang saku sendiri.

Mereka bekerja secara sambilan sebagai pelayan, penyaji makanan dan penyelia di Siti Catering Berhad.

Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyajian makanan, sekumpulan 50 remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun ini tetap bersemangat untuk memulakan kerja terbabit penuh minat dan ketekunan.

Bagi mereka, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Perkara sukar pasti menjadi mudah selepas kerap dilakukan. Masa senggang yang digunakan di luar waktu persekolahan ini berjaya mendidik jiwa remaja mengenai kepentingan masa.

Dengan dibantu pengurus mereka, Siti Fatimah Md Akhir, yang mempunyai pengalaman luas di bidang katering, mereka mudah melakukan kerja yang diarahkan secara syif masa sepanjang cuti persekolahan dan masa lapang.

Semua kerja seperti membantu memasak, membasuh pinggan mangkuk, menyaji makanan, menyusun kerusi meja dan mengangkut makanan ke majlis yang diadakan, dapat dilakukan sendiri remaja ini.

Pelayan katering, Muhammad Rashidi Ismail, 17, berkata, pengalaman bekerja selama dua tahun dengan syarikat itu memberikan kematangan kepadanya.

Belajar daripada kesilapan menjadi prinsipnya sejak memulakan kerja sampingan itu.

Katanya, upah RM50 setiap kali bertugas memberikan kegembiraan kerana dapat mengumpul wang poket sendiri.

Sekurang-kurangnya, dia dapat juga membantu keluarga mencari pendapatan sampingan.

“Saya dapat melatih diri mempunyai sifat sabar, rajin dan cekal hati melakukan pelbagai kerja yang memerlukan ketekunan yang tinggi.

Berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan, saya perlu yakin diri sepanjang masa.

“Kami bagaikan ‘ejen’ syarikat ini. Imej bersih dan bermutu perlu dikekalkan. Kepuasan hati pelanggan menjadi pegangan setiap pekerja yang bertugas dengan syarikat ini.

“Kebiasaannya kami bertugas mengikut syif enam jam setiap sekali perkhidmatan,” katanya.

Ramai rakan yang masih berada di bangku sekolah juga mencari wang saku bersamanya untuk membantu keluarga mereka.

Pekerjaan halal ini tidak menjejaskan mereka kerana ramai yang bijak menyusun jadual sendiri.

Rakannya, Muhammad Syafiq Ahmad Shukeri, 18, berkata, kini dia melakukan kerja itu sepenuh masa selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Katanya, pelbagai kerja katering dipelajari bersama rakan untuk memahirkan diri mengendalikan perkhidmatan yang baru disertai itu. Sebelum bertugas di mana-mana majlis, dia perlu bersedia terlebih dulu.

“Saya bersama kawan menyusun peralatan seperti pinggan, mangkuk, senduk dan makanan ke dalam kenderaan untuk dibawa ke lokasi yang dituju. Kemudian kami dilatih cara menyaji makanan kepada tetamu.

“Ada juga yang bekerja sebagai penyaji makanan.

Mereka sentiasa cekap menyenduk

nasi, lauk-pauk dan kuih ke dalam mangkuk untuk dihidangkan kepada tetamu.

Kerja yang berat dilakukan bersama,” katanya.

Bermula dari bawah, kerja itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh remaja untuk kepentinganmasa depan.

Dia berminat mengusahakan perniagaan katering selepas mempunyai modal mencukupi.

Katanya, remaja tidak perlu membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah seperti menyertai Mat Rempit, melepak dan bersiar-siar tanpa tujuan di pusat beli-belah. Setiap kerja bermanfaat ada ganjaran lumayan.

Syed Muhammad Haiqal Syed Mohammad, 16, berkata, kerja yang baik perlu dilakukan penuh kerelaan dan ikhlas. Dengan itu, keberkatan Allah mudah diterima mereka.

Katanya, setiap aspek membabitkan perniagaan ini dipelajari daripada pengurus mereka. Banyak kerja yang boleh dilakukan remaja yang masih berada di bangku sekolah.

“Asalkan pelajaran tidak dilupakan, semua kerja berfaedah memberikan pulangan amat baik. Wang saku yang ada boleh digunakan sebagai belanja persekolahan setiap hari. Hati ibu bapa rasa senang melihat anak mereka berdikari.

“Setelah bijak berdikari, kemahiran yang ada ini boleh digunakan di rumah bagi membantu ibu dan bapa seharian. Tidak sia-sia melakukan kerja mulia yang diberkati ini. Saya nasihatkan remaja lain pilihlah kerja berfaedah sepanjang masa,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://remaja.forumotion.net
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Thu Apr 03, 2008 2:28 pm

Remaja Berniaga dalam talian


SEKUMPULAN usahawan wanita ini barangkali tidak perlu risaukan sewa kedai yang mahal atau menanggung gaji pekerja terutama jika mereka terpaksa bekerja lebih masa.

Mereka juga tidak perlukan sebuah kedai lengkap ber susun atur rapi atau lokasi pada ke dudukan strategik untuk menarik kunjungan pelanggan.

Tanpa segala kemudahan berkaitan, usahawan wanita berkenaan tetap mampu meraih pendapatan yang baik hanya dengan memasarkan barangan masing-masing menerusi perniagaan secara dalam talian.

Daripada ikan pekasam, kerongsang, tudung, kaftan, songket, pinggan mangkuk sehinggalah barangan hantaran perkahwinan, usahawan wanita yang bernaung di bawah portal unik ini hanya perlukan kiosk maya untuk menjalankan urusniaga masing-masing.

Menurut Perunding Kanan The Berrybunch Webportal Project (Berrybunch), Saniah Abd Rahman, ilham menjual barangan menerusi Internet mungkin kurang diterokai masyarakat di negara ini namun ia tetap mendapat sambutan meng galakkan.

Menariknya, kira-kira 70 peratus daripada 171 usahawan wanita yang terbabit dalam perniagaan portal dikenali sebagai Gedung Wanita itu hanya menjalankan urusniaga dari rumah.

“Mereka asalnya hanya menjual barangan di kalangan ahli keluarga, kenalan dan jiran tetapi kini, pelanggan mereka dari merata tempat apatah lagi portal ini mudah ditemui menerusi enjin pencarian yahoo atau google,” katanya yang mengusahakan portal berkenaan bersama seorang lagi Perunding Kanan Berrybunch, Mohd Adlin Abu Bakar.

Kaedah perniagaan secara penjualan mikro itu memang berbeza kerana ia memberi peluang kepada usahawan dan pembeli berinteraksi di Internet sebelum menetapkan keputusan pembelian.

“Perkhidmatan kiosk maya disediakan Berrybunch menerusi portal Gedung Wanita khusus untuk usahawan wanita ini agak murah iaitu antara RM30 hingga RM90 untuk tempoh sewaan selama empat bulan hingga setahun, bergantung pada pakej diambil termasuk paparan iklan.

“Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menarik perhatian sesiapa saja yang memahami bahasa berkenaan termasuk wanita Malaysia yang tinggal di luar negara untuk turut berniaga di Gedung Wanita.

“Selain Indonesia dan Brunei, kami mempunyai usahawan wanita Malaysia di Korea dan Jepun yang memasarkan barangan seperti aksesori serta pinggan mangkuk.

“Alhamdulillah, ramai yang memberikan maklum balas yang baik meskipun pada peringkat awal, ada usahawan terbabit sekadar mahu mencuba nasib. Ada di kalangan wanita ini yang dulu hanya melakukannya secara sampingan tetapi kini berniaga sepenuh masa di portal berkenaan,” kata Saniah.

Pada 2006, Berrybunch memperkenalkan khidmat peruncitan maya dikenali sebagai Berrybunch Grocer yang membolehkan sebahagian warga Lembah Klang membuat tempahan barangan runcit secara dalam talian, tanpa perlu bersusah-payah mengunjungi pasar raya memandangkan barangan dihantar terus kepada pengguna.

Sejak itu, keupayaan Berrybunch terus berkembang dengan enam portal aktif yang dikendalikan menerusi www.berrybunchbox.com iaitu Grocer, Gedung Wanita, Hotel- Room, HalalFood, Wanita dan Travelmart.

Menurut Mohd Adlin, tidak hanya usahawan kecil-kecilan, Berrybunch menjemput penyertaan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi konsep Rakan Niaganya.

“Kesempatan ini harus dipergunakan sebaiknya oleh usahawan IKS apatah lagi sesetengah golongan berkenaan sukar menempatkan produk di lokasi perniagaan strategik misalnya di pasar raya besar.

“Mereka tidak perlu bersusah payah melakukan penjualan, pengiklanan atau pemasaran kerana segala urusan logistik penjualan produk usahawan itu diuruskan sepenuhnya oleh Berrybunch,” katanya.

Tidak ketinggalan, Berrybunch membantu peniaga yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet menerusi bengkel sehari dikendalikannya.

“Ada bermacam kaedah perniagaan di internet namun ramai yang mungkin tidak mengetahui cara dan peluang sebenar perniagaan Internet masa kini. Ada juga yang sanggup melabur ratusan ringgit menyertai bengkel sematamata dijanjikan program untuk bergelar jutawan Internet.

“Namun, kesahihan program sedemikian harus diselidiki terutama mereka yang benar-benar mahu memulakan perniagaan Internet sekali gus menghasilkan pulangan lumayan,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://remaja.forumotion.net
mujaheed
PMR
PMR


Number of posts : 12
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Thu Apr 03, 2008 5:49 pm

"Remaja Masjid"...bertujuan untuk menarik minat remaja datang ke masjid....khususnya menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti masjid...pengisian kerohanian spt kuliah2 agama...program sukan...sambutan2 bulan kebesaran Islam....jadikan mereka sebagai ahli comitte dalam setiap program...
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Fri Apr 04, 2008 11:02 am

mujaheed wrote:
"Remaja Masjid"...bertujuan untuk menarik minat remaja datang ke masjid....khususnya menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti masjid...pengisian kerohanian spt kuliah2 agama...program sukan...sambutan2 bulan kebesaran Islam....jadikan mereka sebagai ahli comitte dalam setiap program...


teringat zaman IPT, kalo pegi masji mesti dapat title "Budak Masjid".. pelik kan mentaliti orang kita Malaysia
Back to top Go down
View user profile http://remaja.forumotion.net
mujaheed
PMR
PMR


Number of posts : 12
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Fri Apr 04, 2008 6:22 pm

betul tue.....tak faham la....apsal mereka suka menggelarkan sedemikian....bila kita nak bergaul or join aktiviti mereka.....mereka akan menjawab..." kau tu budak masjid...tak sesuai join dgn kami....."kata mereka.Apa salahnya.....tak kan nak duduk kat masjid jer.....sekali sekala nk riadah jugak.....riadah pon di tuntut dalam Islam....tak gitu???konpiussss......
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   Sat Apr 05, 2008 12:35 pm

itu di katakan mentaliti, kita tidak mampu mengubah cara pemikiran mereka, tetapi hanya mampu membuka pemikiran mereka dengan forum sebegini. untuk mendedahkan kepada mereka kenapa, mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku. jalan terbaik adalah berdiskusi.
Back to top Go down
View user profile http://remaja.forumotion.net
Sponsored content




PostSubject: Re: AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA   

Back to top Go down
 
AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» my trip to Legoland Malaysia NOV 2012
» GBH Crown Lynn Kuala Lumpur Malaysia
» I AM MALAYSIA STONE LOVER!
» 3rd Malaysia Bonsai Carnival-Baeckea Frutescens almost steal the show
» Penang (Malaysia)Adenium May 2011 Competition

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
remaja :: newbies :: WELCOME NEW MEMBERS-
Jump to: