remaja
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
remaja

DISCUSSION ROOM TO DISCUSS ALL ABOUT TEENAGERS AND ALL THEY NEED.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 KELUHAN MENGENAI REMAJA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

KELUHAN MENGENAI REMAJA Empty
PostSubject: KELUHAN MENGENAI REMAJA   KELUHAN MENGENAI REMAJA Icon_minitimeThu Apr 03, 2008 2:35 pm

Wajah cantik tapi pengotor
Oleh Noriah Idris


Banyak laluan air tersumbat, kebocoran berlaku akibat sikap suka membuang tuala wanita sesuka hati

WANITA pengotor! Tentu ramai kaum hawa melenting jika tuduhan itu dilemparkan kepada mereka. Tuduhan itu pasti memalukan dan sukar diterima.

Wanita sejak azali memang sinonim dengan kecantikan dan kebersihan justeru, mengapa timbul tuduhan seumpama itu?

Tetapi, apabila pihak tertentu mendakwa banyak tandas wanita kotor dan tersumbat gara-gara tuala wanita, masing-masing enggan mengaku.

Bagi sesetengah wanita, mungkin lontaran kata-kata itu bagaikan gurauan walaupun ada di kalangan mereka menjadi penyumbang kepada permasalahan ini.

Kesedaran terhadap pembuangan sampah atau kotoran daripada tuala wanita itu menjadi momokan masyarakat apabila ia menjadi punca beberapa kolam, takungan atau kumbahan tersumbat sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk mengatasi masalah itu.

Baru-baru ini heboh diperkatakan tuala wanita antara punca kebocoran saluran paip kumbahan yang brlaku di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Alor Star, Kedah.

Indah Water Konsortium (IWK) turut mengesan pembuangan tuala itu sebagai punca kebanyakan pusat kumbahan tersumbat.

Bahan itu yang bergumpal dan tersekat dalam paip, terutama apabila sampai di saluran berbentuk ‘L’ menyebabkan laluan airnya tersumbat sehingga berlaku kebocoran kerana paip tidak dapat menampung tekanan yang tinggi apabila tandas dipam.

Siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang membina HSAH juga mengenal pasti perkara yang sama ketika membaiki saluran paip kumbahan berkenaan.

Lebih memalukan apabila kejadian kebocoran kali ketiga di hospital berkenaan membabitkan saluran paip di hospital itu, selepas kejadian pertama Disember tahun lalu dan awal tahun ini.

Masalah kebocoran di HSAH bukan masalah baru kerana hospital itu sendiri mengambil masa enam tahun untuk disiapkan.

Terbaru, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan, di Sibu, Sarawak terpaksa bertindak merendam 200 pelajarnya dalam kolam ikan sebagai hukuman kerana membuang tuala wanita ke mangkuk tandas.

Soalnya, mengapa wanita suka membuang tuala wanita ke mangkuk tandas atau longkang, bukankah perbuatan ini menunjukkan sikap tidak mementingkan kebersihan?

Bagi penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Nawal Shahril, 24, perbuatan membuang tuala wanita sesuka hati bukti tidak bertanggung jawab.

“Di kalangan warga kampus juga berlaku perkara ini, ada rakan di asrama suka membuang tuala wanita sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.

“Ada yang basuh periuk dalam sinki. Bayangkan sehingga sinki berminyak.

“Apa yang dibimbangi, kalau perempuan pengotor mesti lelaki tidak suka, sebab simbol seseorang wanita sering dikaitkan sebagai pembersih.

“Justeru, ubahlah sikap dan jangan hipokrit,” katanya.

Kakitangan sebuah syarikat swasta, Siti Aishah Hamidon, 25, malu dengan sikap segelintir wanita yang tidak menjaga ciri kewanitaan sehingga sanggup dilabel sebagai pengotor.

“Menjaga kebersihan amat penting. Susah sangat ke nak membuang tuala wanita mengikut cara yang betul?

“Jika wanita mahu diangkat martabatnya, jadilah seorang yang pembersih luar dan dalam. Jangan hanya kerana sekeping tuala, wanita dicap sebagai pengotor,” katanya.

Bagi Winnie Ng Wai Sin, 22, ada wanita hanya mementingkan diri sendiri dan mengambil jalan mudah membuang tuala wanita.

“Tidak guna mengadakan kempen kebersihan jika wanita tidak mengubah sikap mereka.

“Wanita harus ingat, sikap mereka mengundang padah sehingga menyusahkan banyak pihak. Kuman dalam tuala bukan saja kotor bahkan boleh membawa penyakit.

“Ubahlah sikap sendiri sebelum orang mengecap wanita dengan pelbagai gelaran yang tidak elok,” kata penuntut tahun akhir di bidang Komunikasi di sebuah universiti tempatan.
Back to top Go down
https://remaja.forumotion.net
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

KELUHAN MENGENAI REMAJA Empty
PostSubject: Jiwa remaja sentiasa bergelora   KELUHAN MENGENAI REMAJA Icon_minitimeThu Apr 03, 2008 2:36 pm

Jiwa remaja sentiasa bergelora
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


LUMRAH remaja mempunyai banyak keinginan terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana terhalang oleh batas agama dan budaya.

Kebanyakan remaja memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa dan meniru untuk bertindak seperti orang dewasa.

Pertentangan sifat itu semakin ketara jika remaja membuat sesuatu menurut kata hati tanpa berfikir semasak-masaknya.

Keinginan mencuba sesuatu yang baru adalah lumrah bagi mereka yang baru ‘mengecap nikmat hidup’ terutama jika sebelum ini keinginan kerap dihalang keluarga.

Kemodenan era globalisasi yang ditunjangi Barat turut membawa bersama pengaruh dan gaya hidup mereka dalam masyarakat kita.

Bagi remaja, gaya hidup masyarakat Barat yang moden, kelakuan dan cara berpakaian tidak senonoh perlu bagi menunjukkan kemodenan mereka biarpun semua itu berlawanan syariat agama.

Jika remaja pandai mengambil kelebihan berkenaan untuk digunakan pada jalan yang betul, ia mampu memberi manfaat tersendiri.

Pertentangan antara keinginan remaja dengan perintah agama menyebabkan jiwa mereka memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurut kata hati.

Remaja yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan lingkungan keluarga yang tidak mengabaikan perintah agama pastinya dapat menangani masalah ini dengan mudah.

Gejolak jiwa remaja sukar untuk dibendung kerana pada umur sebegitu, mereka mudah dipengaruhi unsur negatif yang berada di sekeliling mereka.

Namun, bagi remaja yang terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri supaya tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat sementara itu.

Remaja perlu lebih memahami diri sendiri dan tidak mengabaikan peranan terhadap keluarga. Perhatian yang keluarga berikan sewajarnya tidak disalah erti kerana tiada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka hanyut dibuai mimpi.

Sementara itu, setiap remaja perlu mempersiapkan diri sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan Allah.

Remaja perlu ada matlamat dan kesungguhan sebagai insan kerana manusia saja dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna berbanding ciptaan Allah yang lain.

Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang serta diberkati.

Untuk itu, remaja harus pandai membawa diri dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba dan elak mengikut kehendak hati.

Akal fikiran yang ada perlu digunakan sebaik mungkin kerana remaja adalah tonggak masa depan dan maju atau mundurnya sebuah negara bergantung kepada mereka.

Zaman remaja hanya sekali dan jika terlepas, ia tidak mungkin kembali lagi. Nikmati masa remaja sebaik mungkin pada jalan yang betul kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Back to top Go down
https://remaja.forumotion.net
mujaheed
PMR
PMR



Number of posts : 12
Registration date : 2008-04-03

KELUHAN MENGENAI REMAJA Empty
PostSubject: Re: KELUHAN MENGENAI REMAJA   KELUHAN MENGENAI REMAJA Icon_minitimeFri Apr 04, 2008 6:11 pm

Hadith Nabi S.A.W.......terdapat 7 golongan yang mendapat naungan arash Allah di akhirat kelak.....kebanyakan daripada mereka adalah golongan pemuda....adakah kita termasuk dalam golongan tersebut?????fikirkan....
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

KELUHAN MENGENAI REMAJA Empty
PostSubject: Re: KELUHAN MENGENAI REMAJA   KELUHAN MENGENAI REMAJA Icon_minitimeSat Apr 05, 2008 12:09 pm

Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan lain jenis.

Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang meraba-raba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri dan menutup diri.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan. Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya meng
Back to top Go down
https://remaja.forumotion.net
Sponsored content





KELUHAN MENGENAI REMAJA Empty
PostSubject: Re: KELUHAN MENGENAI REMAJA   KELUHAN MENGENAI REMAJA Icon_minitime

Back to top Go down
 
KELUHAN MENGENAI REMAJA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» NAKAL DAN REMAJA
» PENGALAMAN REMAJA ANDA
» AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
remaja :: Zaman Remaja-
Jump to: