remaja
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
remaja

DISCUSSION ROOM TO DISCUSS ALL ABOUT TEENAGERS AND ALL THEY NEED.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 NAKAL DAN REMAJA

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

NAKAL DAN REMAJA Empty
PostSubject: NAKAL DAN REMAJA   NAKAL DAN REMAJA Icon_minitimeThu Apr 03, 2008 2:38 pm

Didik remaja guna akal


USIA remaja adalah zaman yang penuh dengan kekuatan, kemahuan, sifat ingin tahu dan melakukan sesuatu yang kadangkala di luar dugaan.

Zaman remaja jika tidak dikawal menggunakan akal, mereka akan mudah mengikut hawa nafsu dan akhirnya melakukan sesuatu yang negatif.

Berita seorang remaja 16 tahun di Bagan Serai, Perak yang ditahan polis kerana menghantar SMS kepada keluarga mangsa culik, Sharlinie Mohd Nashar adalah contoh betapa kepintaran usia muda disalah guna.

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, merangkap Exco Permuafakatan PIBG Kuala Lumpur, Wan Nor Syakila Abdul Satar, berkata perbuatan pelajar itu patut menjadi pengajaran kepada remaja lain.

Beliau berkata, sikap berani mencuba memang perlu ada dalam diri remaja tetapi perlu disalurkan ke jalan yang betul dan berfaedah.

“Filem atau drama memang mempengaruhi remaja tetapi jika mereka dapat menggunakan akal, perbuatan yang tidak berfaedah dapat dikawal.

“Remaja jangan terlalu memikirkan keseronokan semata- mata tetapi memahami bahawa setiap perbuatan yang dilakukan mempunyai kesan kepada orang lain.

“Mereka perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan dan peranan ibu bapa amat penting,” katanya.

Katanya, ibu bapa patut memantau telefon bimbit anak mereka kerana ia mungkin digunakan untuk tujuan tidak berfaedah.

Menurutnya, kebanyakan remaja berusia 20 tahun ke bawah masih belum dapat berfi kir dengan matang dan hanya mementingkan keseronokan semata-mata.

“Ibu bapa perlu peka dengan situasi terkini penyakit sosial yang melanda remaja di negara ini.

“Dulu remaja banyak terdedah dengan budaya kuning seperti melepak dan berambut punk, kini cabarannya lebih rumit serta memerlukan komitmen lebih jitu daripada ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, masa depan remaja bergantung kepada bagaimana didikan dan jagaan ibu bapa.

“Selain itu, asas diri dan moral yang tinggi juga perlu ada dalam diri setiap remaja bagi membantu mereka menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.
Back to top Go down
https://remaja.forumotion.net
mujaheed
PMR
PMR



Number of posts : 12
Registration date : 2008-04-03

NAKAL DAN REMAJA Empty
PostSubject: Re: NAKAL DAN REMAJA   NAKAL DAN REMAJA Icon_minitimeThu Apr 03, 2008 5:25 pm

Asuhan dan didikan yang sempurna daripada ibu bapa merupakan aspek yang penting....hal ini kerana dengan didikan yang sempurna (agama) akan melahirkan remaja yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik....dan jgn disalahkan ibu bapa 100% kalau sekiranya anak2 yang sudah diberi didikan tapi sebaliknya berlaku.....pengaruh persekitaran spt pengaruh rakan sebaya,media massa,ect....itu semua boleh mempengaruhi....
Back to top Go down
kaki ayam
PMR
PMR
kaki ayam


Number of posts : 15
Registration date : 2008-04-07

NAKAL DAN REMAJA Empty
PostSubject: Re: NAKAL DAN REMAJA   NAKAL DAN REMAJA Icon_minitimeTue Apr 08, 2008 3:21 pm

KA dok kat kuantan skang blajo. KA tgk bdk2 sana lebih teruk dari diKL tempat KA menetap bersama kuarga. dikuantan remaja selambe jer dok kat tmp awam sambil berkucup-kuncupan. meraba-rabaan...adoi lah remaja sekarang....yg paling terkejut tuh bkn remaja yg lingkungan 19-20an...tapi remaja skull rendah!!
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 36
Registration date : 2008-04-03

NAKAL DAN REMAJA Empty
PostSubject: Re: NAKAL DAN REMAJA   NAKAL DAN REMAJA Icon_minitimeTue Apr 08, 2008 5:55 pm

tu pengaruh tv tu... tak pun pngaruh bahan bacaan. sebab tu kita sebagai remaja yang menuju dewasa harus tegas dlm mempraktikan ape yang ade di sekeliling kita. jgn biarkan mereka mengetahui sesuatu perkara yang tidak sepatutnya sebelum tiba waktunya....
Back to top Go down
https://remaja.forumotion.net
Sponsored content





NAKAL DAN REMAJA Empty
PostSubject: Re: NAKAL DAN REMAJA   NAKAL DAN REMAJA Icon_minitime

Back to top Go down
 
NAKAL DAN REMAJA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PENGALAMAN REMAJA ANDA
» KELUHAN MENGENAI REMAJA
» AKTIVITI REMAJA SELURUH MALAYSIA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
remaja :: Zaman Remaja-
Jump to: